PROTON Holdings Berhad MEMANGGIL SEMULA model Proton INSPIRA dan Proton EXORA CPS 1.6.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pelanggan yang dihormati,

Berikutan panggilan semula global yang dilakukan oleh Mitsubishi Motors Corporation (MMC) berhubung suis indikator sebelah kanan yang tidak berfungsi pada Mitsubishi Lancer, Proton turut memanggil semula Proton Inspira yang diasaskan dari sedan segmen-C yang sama untuk memperbaiki kerosakan yang serupa.

Panggilan semula tersebut melibatkan sejumlah 20,330 unit Proton Inspira yang diproduksi antara 2010 hingga 2014.


1. Mengapakah PROTON menjalankan Kempen ‘Safety Recall’ ini?
Sebagai susulan dari pengumuman “Safety Recall’ dari pihak MMC, PROTON perlu untuk memberitahu pelanggan yang terlibat tentang potensi kegagalan suis lampu/signal setelah berulang-kali dikendalikan dalam tempoh masa tertentu. Oleh itu, ini adalah satu langkah pencegahan untuk mengelakkan kegagalan sambungan terminal pada suis lampu/signal disebabkan oleh geseran berlebihan diantara sambungan terminal tersebut.



2. Apakah punca kepada masalah ini?

Punca masalah ini adalah disebabkan oleh ketegaran yang tidak mencukupi daripada bahagian di mana suis ini dipasang. Dalam tempoh masa yang tertentu, terminal penyambung boleh menjadi haus dan seterusnya menghasilkan debu oksida. Debu oksida ini akan menyebabkan kegagalan hubungan antara penyambung terminal. Dalam keadaan lebih buruk, semua lampu pada kenderaan tidak dapat berfungsi dengan baik. Tanda berkualiti kritikal yang telah dikenal pasti oleh MMC Jepun adalah terminal suis lampu/signal dan suis ‘wiper /’washer’. Oleh itu, ini adalah satu langkah pencegahan untuk memastikan fungsi yang berterusanan pada suis lampu/signal dan suis ‘wiper /’washer’ .

3. Apakah langkah pembaikan yang akan dilakukan oleh PROTON berkenaan perkara ini?



PROTON akan menjalankan langkah pencegahan untuk menambahbaik suis lampu/signal dan suis ‘wiper’/’washer’ pada semua kenderaan Inspira yang terlibat merujuk kepada MMC Technical Info Instruction.Kedua-dua suis ini akan ditambah baik dengan menambah elektronik gris pada sambungan terminal tersebut.

_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+

Dalam masa yang sama, Proton turut memanggil semula sekitar 90,000 unit Exora CPS 1.6 yang diproduksi dari 2009 hingga 2015. Proton memanggil semula unit-unit Exora tersebut untuk dilakukan pemeriksaan pada bahagian sistem penghantaran bahan api.

1. Mengapakah PROTON menjalankan Kempen ‘Safety Recall’ ini?

Sebagai pengilang yang bertanggungjawab, PROTON perlu memberitahu para pelanggan tentang kebarangkalian komponen ‘Pipe Assy Main’ bergeser di antara komponen ‘Air Duct’, komponen ‘Throttle Body’ atau ‘Alternator Harness’. Pemberitahuan ini adalah langkah pencegahan untuk mengelakkan kemerosotan kualiti komponen ‘Pipe Assy Main’ yang boleh mengundang kepada kebocoran bahan api.

2. Apakah punca kepada masalah ini?
Punca kepada masalah ini disebabkan oleh jarak renggang yang tidak mencukupi antara komponen ‘Pipe Assy Main’ dengan komponen yang berdekatan. Dalam keadaan yang lebih buruk, permukaan komponen ‘Pipe Assy Main’ boleh berlubang dan mengalami kebocoran bahan api. Dua poin kualiti yang kritikal telah dikenalpasti sebagai punca utama:


i. Poin A – Komponen ‘Pipe Assy Main’ tersepit di antara komponen ‘Air Duct’ dan     
komponen ‘Throttle Body’.

ii. Poin B – Komponen ‘Alternator Harness (corrugated tube)’ kendur dan 

menyentuh komponen ‘Pipe Assy Main’. 



3. Apakah langkah pembaikan yang akan dilakukan oleh PROTON berkenaan perkara ini?
PROTON akan menukarkan komponen ‘Pipe Assy Main’ dengan yang baharu pada semua kenderaan yang terlibat beserta susun atur yang telah diperbetul. Jarak renggang di antara komponen ‘Pipe Assy Main’ dan komponen yang berdekatan juga akan dipastikan supaya tidak bersentuh untuk mengelakkan daripada terjadinya geseran. Semua kenderaan Exora CPS yang dikeluarkan selepas September 2015 adalah tidak terlibat dengan kempen ini.

SILA KE PUSAT SERVIS KAMI ATAU HUBUNGI KAMI DI TALIAN 03-87346862 / 03-87346857 UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI BAGI PENUKARAN ALAT GANTI TERSEBUT SERTA MEMBOLEHKAN KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN DILAKUKAN.

UNTUK MAKLUMAN PELANGGAN, ALAT GANTI TERSEBUT AKAN SAMPAI KEPADA KAMI SECARA BERPERINGKAT, SILA TINGGALKAN MAKLUMAT LENGKAP ANDA KEPADA KAMI DAN KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA SETELAH GILIRAN ANDA TIBA. TIADA CAJ AKAN DIKENAKAN KEPADA PELANGGAN.

" FIRST COME, FIRST SERVE "

No comments: