Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pelanggan yang dihormati,

Baru-baru ini terdapat kenyataan palsu yang tersebar di media sosial menyatakan bahawa kereta model Saga FLX, Exora, Suprima S, Preve dan Iriz tidak boleh bantu mula (jump start) kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU). Proton telah menjelaskan bahawa kenyataan tersebut adalah kurang tepat dan ingin menegaskan bahawa semua kereta Proton boleh melalui tindakan bantu mula (jump start).



Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Untuk memberikan jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin dengan mengikuti langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan apabila menggunakan kabel ‘jumper’ yang disambungkan kepada bateri dari kenderaan lain, seperti:

  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. 
  • Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrikal. 
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan kapasiti (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan, ini boleh merosakkan kedua-dua kenderaan.
  • Hanya gunakan kabel ‘jumper’ dengan penyepit yang dipasang penebat. 
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual. 
  • Matikan enjin kedua-dua kenderaan. Pastikan dengan teliti akan kabel atau pakaian anda tidak tersangkut pada kipas atau tali sawat. 
  • Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup. 
  • Kabel ‘jumper’ negatif (hitam) tidak boleh dikapitkan ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran. 
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas. 
  • Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik. 
Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan kenderaan mereka sebelum melakukan apa-apa bantu mula kecemasan kepada bateri atau hubungi mana-mana cawangan pusat servis Proton.


(Sumber: http://www.autofreaks.com/,2016)

No comments: