PENGENALAN SYARIKAT

Syarikat Emerald Technic Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 30 Julai 2007. Syarikat kami adalah sebuah syarikat bertaraf Bumiputra yang telah pun dilantik  untuk menjadi wakil sah servis Proton Edar Sdn Bhd melalui satu surat tawaran bertarikh 12 Mei 2009. 

Sebelum dilantik sebagai wakil servis Proton Edar Sdn Bhd, pusat servis ini beroperasi dibawah Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) dikenali sebagai “EON Franchise Service Dealer”. Syarikat subsidiari kami iaitu Emerald Champ Enterprise (No. Pendaftaran 001191261-X) telah mengurus dan mengendalikan pusat servis ini ketika itu. Premis dan tempat peniagaan adalah sama sebagaimana yang ada sekarang iaitu No. 35, Jalan Jenaris Satu, Desa Sri Jenaris, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.  

Syarikat ini juga menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat yang terlibat dengan industri permotoran di Lembah Kelang dan disokong oleh beberapa buah syarikat permotoran yang dimiliki oleh keluarga pemilik syarikat. Kualiti perkhidmatan yang terbaik diberikan telah mendapat pengiktirafan daripada Proton Edar iaitu “Overall Achievement in CSI, Parts Purchased and Data Management 2010/2011”. 

A. OBJEKTIF 
Objektif penubuhan syarikat kami adalah untuk bersama bergiat dalam bidang perniagaan dan perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan ekonomi Bumiputra. Syarikat kami beriltizam untuk memberikan dan menawarkan  servis yang berkualiti, mersa, berhemah dan yang terbaik untuk pelanggan bagi menjalinkan hubungan perniagaan dan perkhidmatan yang berkekalan dalam jangkamasa panjang. Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, pihak syarikat berusaha keras meningkatkan mutu perkhidmatan mengikut spesikfikasi dan peraturan yang ditetapkan oleh PROTON EDAR SDN BHD.

B.  MISI
Menjadi pusat servis Proton yang terbaik dan komprehensif dengan menyediakan dan memberikan perkhidmatan servis dengan kualiti yang terbaik di Malaysia.

D.  VISI
i.        membekalkan alat-alat ganti tulen kepada pelanggan kami.
ii.       memberikan perkhidmatan servis yang terbaik kepada pelanggan.
iii.      menjaga kualiti servis serta memenuhi segala keperluan dan kehendak
pelanggan kami.
iv.      memajukan dan meningkatkan tahap ekonomi Bumiputra.

No comments: